Ahad, 21 Disember 2014

VITAMIN E SHAKLEE

Jom lihat apa Khasiat Vitamin E :
· Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
· Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
· Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
· Merendahkan kadar kolesterol.
· Membantu mencegah kanser.
· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia

Basically antara garis panduan utk memilih Vitamin E adalah:
1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi ( boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label
3.Pilih Vit E yg berserta selenium

Jom kita baca kelebihan grape seed extract yg terkandung dlm vitamin E shaklee:
♥Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan  dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul .
♥Melambatkan penuaan.
Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Jadi, untuk yang nak sihat dan pada masa sama nak CANTIK tu...jom cuba SET SKINCARE atau SET KECANTIKAN SHAKLEE ni... anda hanya perlu konsisten dan bersabar untuk hasil yang gojes kerana shaklee adalah semulajadi...
Yang mencari SET KESUBURAN SHAKLEE terutama bagi lelaki, sekarang lah masa sesuai untuk dapatkan vitamin E shaklee ni.
Yang ada masalah CYST dan PCOS juga boleh cuba vitamin E shaklee untuk stabilkan hormon anda dan mungkin boleh bantu kecutkan CYST dan bantu anda untuk memiliki zuriat, inshaAllah!!!
testimoni vitamin E boleh klik SINI atau kat testimoni set kecantikan kulit 
#sayajual #shaklee
KAK YATI ( ID : 927624)
Sms/whatsapp/wechat : 019-9887126
Http://yatihargaset.blogspot.com

*jom join keahlian shaklee, hanya rm75 bagi semenanjung dan rm85 bagi sabah/sarawak dan nikmati harga ahli shaklee seumur hidup!
*bagaimana nak dapat keahlian FREE?
Beli sebarang produk shaklee sejumlah rm650 ke atas (200uv) dan seterusnya anda layak menikmati bonis shaklee pertama anda di bulan berikutnya!

Khamis, 17 Julai 2014

OSTEOARTRITIS





Osteoartritis Lutut: Apa Yang Anda Perlu Tahu





Source: http://www.osteoarthritisblog.com/
Source: http://www.osteoarthritisblog.com/





















Pernahkah anda bangun pagi dan mendapati kedua-dua lutut anda keras dan kaku, 
terutamanya apabila cuaca sejuk? Pernah mendengar bunyi klik (juga dikenali sebagai 
krepitus) atau merasa seperti sendi lutut anda bergesel setiap kali anda menggerakkannya? 

Kemungkinan besar anda mengalami sejenis penyakit degeneratif yang dikenali 
sebagai osteoartritis yang tidak hanya terhad kepada sendi lutut tetapi 
mungkin menyerang mana-mana sendi di badan anda. 

Artikel ini akan mengupas punca, simptom dan rawatan bagi osteoartritis lutut.
Mungkin anda tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan osteoartritis?

Mari kita leraikan perkataan yang panjang ini kepada dua perkataan yang mudah.  
Pertamanya, perkataan osteon yang berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tulang. 

Kedua, perkataan artritis yang bermaksud radang sendi. Dalam bahasa mudah,  
osteoartritis merupakan artritis yang berlaku akibat penggunaan sendi yang 
menyebabkan lapisan selaput sendi (dikenali sebagai rawan) terhakis akibat perubahan  
struktur di dalam sendi.

Keadaan ini berlaku akibat geseran berlebihan dua tulang seperti tulang femur (tulang peha) 
dan tibia (tulang kering) yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pesakit osteoartritis
akan merasa lega apabila sendi terbabit direhatkan dan sakit apabila sendi itu digunakan 
secara berlebihan.

Keadaan yang sebaliknya berlaku bagi pesakit ‘Rheumatoid Arthritis’.
Tinjauan ‘Community Oriented Program for Control of Rheumatic Diseases’ (COPCORD)
yang dijalankan di Malaysia pada tahun 2007 mendapati kebanyakan pesakit osteoartritis
di Malaysia mengalami osteoartritis lutut, hasil yang sama didapati pada kajian yang dijalankan
di Hong Kong.

Kajian itu turut mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia berumur 55 tahun merasakan
peningkatan  kadar kesakitan hingga 23% manakala kadar kesakitan meningkat sebanyak
39% bagi mereka yang berusia lebih 65 tahun.
Setiap orang mempunyai risiko mendapat osteoartritis tetapi menurut kajian yang dijalankan
di Pakistan, China, Korea dan Jepun, golongan wanita, orang berumur dan orang obes
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis lutut.

Bagaimana pula dengan pendapat bahawa melutut dan mencangkung mampu menyababkan
osteoartritis lutut? Para pengkaji di Jepun mendapati bahawa mencangkung dan melutut
secara berlebihan terutamanya ketika berkebun mampu mengakibatkan kecederaan kekal kepada lutut.
Maka apakah langkah-langkah pencegahan untuk menghindari osteoartritis lutut? Cara yang
paling berkesan untuk mempunyai sepasang lutut yang sihat adalah dengan mengawal berat badan.

Ini memerlukan senaman secara konsisten. Berjalan-jalan di pagi hari atau lebih elok lagi adalah
dengan menghabiskan masa selama 30 minit di dalam kolam renang berhampiran anda merupakan
senaman yang bagus.

Menguatkan otot-otot di sekeliling lutut adalah amat penting kerana sendi ini adalah salah satu sendi
yang menampung berat badan kita dan dapat mengelakkan terlalu banyak bebanan terhadap lutut
tersebut.

Sekiranya anda obes dan tidak pasti jenis senaman yang sesuai bagi anda, atau sering
mengalami kesakitan di lutut setiap kali bersenam, sila rujuk profesional perubatan secepat mungkin.  

Osteoartritis merupakan penyakit degeneratif, sekiranya anda mendapatnya keadaan
hanya akan beransur sakit. Maka adalah penting untuk bertindak awal, jangan biarkan osteoartritis
menewaskan anda.

GOUT



Gout, apabila kristal menyerang sendi – Dr. Ahmad Mahyuddin


gout
Gout
Sumber: http://www.orthopaedics.com.sg/conditions/ankle-pain/gout


















Gout adalah sejenis penyakit ‘crystal arthropathy’ yang disebabkan oleh pembentukan asid urik
(Uric Acid) yang berlebihan di dalam sistem badan manusia. Ia berlaku di dalam 1% daripada
populasi manusia.
Faktor penyebab utama gout di dalam 95% pesakit ialah faktor keturunan. Baki 5% lagi adalah
disebabkan oleh sebab-sebab lain iaitu masalah buah pinggang, alkohol dan ubat-ubatan
termasuk diuretik (ubat yang menggalakkan penghasilan air kencing) dan aspirin.
Asid urik yang berlebihan ini akan menyebabkan pembentukan kristal yang berkumpul 
di dalam tisu dan juga sendi-sendi. 

Di dalam kes-kes serangan Gout Akut (Acute gout), sendi pesakit yang terlibat 
akan menjadi bengkak, merah dan panas. Pesakit juga menderita kesakitan
yang amat sangat.
Sendi-sendi yang biasa terlibat ialah sendi pada ibu jari kaki (metatarsophalangeal joint of
the great toe), sendi lutut, siku dan sendi jari-jari tangan. Selain daripada itu, pesakit juga
biasanya mengalami kekangan  sendi pada waktu pagi (morning stiffness). 

Fluorescent_uric_acid
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Gout











Diagnosis akan dibuat oleh doktor setelah pesakit memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh
American Colleage of Rheumatology. Anda perlu berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan
 fizikal, melakukan ujian darah dan xray.
Dalam jangkamasa panjang, gout boleh menyebabkan kerosakan sendi serta kecacatan
rupa atau kebengkokan (deformity) pada sendi-sendi ini.
Sekiranya kita lihat pesakit-pesakit Gout ini, kita akan dapat lihat benjolan-benjolan  di bawah
kulit pesakit. Benjolan ini dikenali sebagai ‘tophi’ atau ‘Rheumatoid nodules’.
Ia juga disebabkan oleh pengumpulan kristal ini. Ia biasanya terbentuk pada bahagian siku,
cuping telinga, jari-jari tangan dan buku lali kaki.
Rawatan bagi pesakit Gout boleh dibahagikan kepada dua. Pertama semasa serangan Gout Akut,
dan yang kedua iaitu, cara-cara mengelakkan serangan Gout.

BTM_IMsCQAAUvHU
Sumber: Dr Khoo Yoong Khean



 











Semasa serangan Gout Akut, pesakit akan diberikan sejenis ubat yang dikenali
sebagai Colchicine dan juga ubat tahan sakit. Di samping itu, pesakit perlu berehat dan kaki
yang diserang perlu diangkat tinggi bagi mengurangkan kebengkakkan.

Pesakit perlu minum lebih air masak bagi mempercepatkan proses penyembuhan kerana
lebihan asid urik akan dikumuhkan melalui air kencing.
Setelah serangan reda, pesakit akan diberi ubat yang dikenali sebagai Allupurinol (Zyloric)
bagi mengawal kandungan asid urik di dalam badan.
Terdapat beberapa jenis makanan yang tinggi  kandungan Purine (sejenis asid amino) di mana
boleh menyebabkan penghasilan asid urik yang tinggi dan memudahkan pesakit mendapat
serangan Gout.
Makanan tinggi kandungan Purine adalah seperti :-
  • Ikan – bilis, sardin, salmon
  • Daging (Otot) – Ayam, lembu, kambing, angsa, itik, ayam belanda, arnab,  khinzir
  • Ibu roti (yeast)
  • Daging (Organ) – hati, buah pinggang jantung, otak
  • Kerang, kepah, ketam, udang galah
  • Kekacang – kacang panjang, kacang pea
  • Sayuran – bayam, kembang kol, asparagus
  • Cendawan
  • Minuman beralkohol


Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ini tidak sama antara seorang individu dengan
 individu yang lain. Kebanyakan pesakit tidak tahu mereka tidak boleh makan sesuatu
sehinggalah mereka terkena serangan Gout ini setelah memakan makanan tersebut.
Pesakit yang menghidapi penyakit Gout disarankan supaya elakkan daripada memakan makanan
yang mengandungi kandungan Purine yang tinggi serta mengambil ubat seperti dinasihatkan oleh doktor.
Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr Mahyuddin, 
seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan 
lebih lanjut di laman The Team.
Sumber:
  • Orthopaedic Secrets, 3rd Edition, David E. Brown, MD, Randall D. Neumann, MD
  • Postgraduate Orthopaedics, Pau A. Banaszkiewicz, Cambridge University Press
  • www.blpublications.com/html.Gout.pdf

Isnin, 16 Jun 2014

KeNaLi DiRi


@sabah



Nama diberi oleh abah dan mak saya Noor Hayati Binti Mohamad , dilahirkan pada tanggal 19 disember dan berumur 34 tahun. Semua boleh panggil saya Yati atau kak yati ye. Anda perlu Kenali Diri Kak yati supaya  boleh dekati Kak Yati  untuk certakan masalah dan kita dapat sama- sama selesaikan insyallah  . 
Kak Yati sudah berumah tangga dengan Mohd Shafawi Md Hassan dan mempunyai seorang putri diberi nama Siti Nurzulaika Binti Mohd Shafawi 

Kak yati berasal daripada Pengkalan Bujang , Bedong,  Kedah . pernah dengar ke ... Pengkalan bujang terkenal dengan Candi Pengkalan Bujang. Kak Yati bertugas sebagai Jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim , Sungai petani . 

Kak Yati mula mengenali Shaklee apabila mengambil Set Menyusu Shaklee dan hasilnya terus jatuh cinta dengan Shaklee.Sebenarnya asal usul Kak Yati start consume shaklee ini di atas sbb niat asal nak fully Breast Feed Zulaika selama 2 tahun sejak Kak Yati mengandung lagi , selepas Zulaika lahir pada awalnya susu memang banyak tetapi mungkin sbb stress sangat sebab  Zulaika terpaksa masuk wad 2 kali sebab kuning , ada pulak Hamba Allah beritahu anak makan susu badan le sebab tu jadi kuning terus susu makin lama makin kurang . Kesian Sayang Ibu tak cukup makan . sampai terpaksa beri susu botol .Dah tengok Zulaika minum susu botol kak yati jadi cemburu , marah dan stress . Jadi susu makin kurang sampai Zulaika terpaksa minum susu tepung sebab tak de susu. kali pertama terbaca pasal SHAKLEE tertanya - tanya berkesan ke ne . masa tu tak fikir banyak hanya pikir untuk anak saja . Bermulalah saatnya Kak Yati mula mengenali Shaklee dari 4 jenis vitamin asas sampailah kesemua jenis.Zulaika juga lah antara penyebab kenapa Shaklee...Disebabkan Kak Yati  ni bekerja dan amat memerlukan kesihatan yg baik utk menjaga semua org yang kak yati sayang..so selepas yakin dengan shaklee bolehlah Kak Yati sharekan bersama family, sahabat dan anda semua...SHARING IS CARING kan... 




Dipendekkan cerita Kak Yati bermula dgn set penyusuan yg terdiri dari ESP, Ostematrix, Vitamin C, Vitalea, B Complex, Alfafa .... eh !!! berkesan la dan lama-kelamaan membuatkan Kak Yati PERCAYA dengan Shaklee...
Bukan sekadar consume untuk kesihatan malah ramai antara sahabat di group jutawan Shaklee kami yang dah pun berjaya bergelar jutawan..WAHM target peribadi Kak Yati ..ibu mana yang tak nak kan.. jaga anak, jaga rumah,jaga suami tapi income bulanan lebih dari gaji tetap..best kan...semua terjaga inshaAllah...inshaAllah DIA merestui apa yang saya impikan...Aminnn..
Kenali Diri Kak Yati dulu ok !!! supaya kita sama sama dapat berkongsi pengalaman nanti  dan sama sama jatuh cinta dengan SHAKLEE nanti,  maksudnya kita kenal lebih mesra la kerana tak kenal maka tak cinta. Kenali Diri produk shaklee juga, jadi baru anda boleh jatuh cinta seperti Kak Yati . Setelah Kenali Diri produk shaklee KAk Yati jatuh cinta dengan Shaklee, Kak Yati ketika ini juga telah menjadi pengedar Shaklee sah yang bernombor ID 11 dan Kak Yati sedia membantu anda atau Keluarga anda semua yang mempunyai masalah kesihatan. Contohnya :  penyakit PCOS  , buasir , gout atau nak berhenti merokok dan lain-lain lagi boleh dirawat dengan kehebatan Produk Shaklee, semoga Allah beri peluang kepada Kita untuk sembuh




"Rezeki.. ada di mana-mana, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."
Anda juga berminat dengan apa yang kak yati pilih?
Boleh hubungi kak yati ok  untuk kita story lebih lanjut ok..
Jom join kami untuk income 4-5-6 angka!

p/s: dan restu suami juga perlu ye mommies...

For Order & More Info about this, feel free to reach me:
Kak Yati ~ ID 1140502
Shaklee Independent Distributor di Sungai Petani , Kedah
FB : Noor hayati binti Mohamad (ada gambar kucing ya )
Hp/WeChat/wup/telegram: 0149407002
blog : \\yatihargasetkurus.blogspot.com

Semua produk Shaklee ini tidak bertujuan  untuk mengdiagnos, merawat , memyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit . bagi muslim jika anda sembuh atau berjaya mengatasi masalah anda setelah mengamalkan shaklee, itu adalah atas kehendak Allah S.W.T dengan izinnya juga segala penyakit anda sembuh mudah mudahan