Khamis, 17 Julai 2014

OSTEOARTRITIS





Osteoartritis Lutut: Apa Yang Anda Perlu Tahu





Source: http://www.osteoarthritisblog.com/
Source: http://www.osteoarthritisblog.com/





















Pernahkah anda bangun pagi dan mendapati kedua-dua lutut anda keras dan kaku, 
terutamanya apabila cuaca sejuk? Pernah mendengar bunyi klik (juga dikenali sebagai 
krepitus) atau merasa seperti sendi lutut anda bergesel setiap kali anda menggerakkannya? 

Kemungkinan besar anda mengalami sejenis penyakit degeneratif yang dikenali 
sebagai osteoartritis yang tidak hanya terhad kepada sendi lutut tetapi 
mungkin menyerang mana-mana sendi di badan anda. 

Artikel ini akan mengupas punca, simptom dan rawatan bagi osteoartritis lutut.
Mungkin anda tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan osteoartritis?

Mari kita leraikan perkataan yang panjang ini kepada dua perkataan yang mudah.  
Pertamanya, perkataan osteon yang berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tulang. 

Kedua, perkataan artritis yang bermaksud radang sendi. Dalam bahasa mudah,  
osteoartritis merupakan artritis yang berlaku akibat penggunaan sendi yang 
menyebabkan lapisan selaput sendi (dikenali sebagai rawan) terhakis akibat perubahan  
struktur di dalam sendi.

Keadaan ini berlaku akibat geseran berlebihan dua tulang seperti tulang femur (tulang peha) 
dan tibia (tulang kering) yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pesakit osteoartritis
akan merasa lega apabila sendi terbabit direhatkan dan sakit apabila sendi itu digunakan 
secara berlebihan.

Keadaan yang sebaliknya berlaku bagi pesakit ‘Rheumatoid Arthritis’.
Tinjauan ‘Community Oriented Program for Control of Rheumatic Diseases’ (COPCORD)
yang dijalankan di Malaysia pada tahun 2007 mendapati kebanyakan pesakit osteoartritis
di Malaysia mengalami osteoartritis lutut, hasil yang sama didapati pada kajian yang dijalankan
di Hong Kong.

Kajian itu turut mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia berumur 55 tahun merasakan
peningkatan  kadar kesakitan hingga 23% manakala kadar kesakitan meningkat sebanyak
39% bagi mereka yang berusia lebih 65 tahun.
Setiap orang mempunyai risiko mendapat osteoartritis tetapi menurut kajian yang dijalankan
di Pakistan, China, Korea dan Jepun, golongan wanita, orang berumur dan orang obes
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis lutut.

Bagaimana pula dengan pendapat bahawa melutut dan mencangkung mampu menyababkan
osteoartritis lutut? Para pengkaji di Jepun mendapati bahawa mencangkung dan melutut
secara berlebihan terutamanya ketika berkebun mampu mengakibatkan kecederaan kekal kepada lutut.
Maka apakah langkah-langkah pencegahan untuk menghindari osteoartritis lutut? Cara yang
paling berkesan untuk mempunyai sepasang lutut yang sihat adalah dengan mengawal berat badan.

Ini memerlukan senaman secara konsisten. Berjalan-jalan di pagi hari atau lebih elok lagi adalah
dengan menghabiskan masa selama 30 minit di dalam kolam renang berhampiran anda merupakan
senaman yang bagus.

Menguatkan otot-otot di sekeliling lutut adalah amat penting kerana sendi ini adalah salah satu sendi
yang menampung berat badan kita dan dapat mengelakkan terlalu banyak bebanan terhadap lutut
tersebut.

Sekiranya anda obes dan tidak pasti jenis senaman yang sesuai bagi anda, atau sering
mengalami kesakitan di lutut setiap kali bersenam, sila rujuk profesional perubatan secepat mungkin.  

Osteoartritis merupakan penyakit degeneratif, sekiranya anda mendapatnya keadaan
hanya akan beransur sakit. Maka adalah penting untuk bertindak awal, jangan biarkan osteoartritis
menewaskan anda.

GOUT



Gout, apabila kristal menyerang sendi – Dr. Ahmad Mahyuddin


gout
Gout
Sumber: http://www.orthopaedics.com.sg/conditions/ankle-pain/gout


















Gout adalah sejenis penyakit ‘crystal arthropathy’ yang disebabkan oleh pembentukan asid urik
(Uric Acid) yang berlebihan di dalam sistem badan manusia. Ia berlaku di dalam 1% daripada
populasi manusia.
Faktor penyebab utama gout di dalam 95% pesakit ialah faktor keturunan. Baki 5% lagi adalah
disebabkan oleh sebab-sebab lain iaitu masalah buah pinggang, alkohol dan ubat-ubatan
termasuk diuretik (ubat yang menggalakkan penghasilan air kencing) dan aspirin.
Asid urik yang berlebihan ini akan menyebabkan pembentukan kristal yang berkumpul 
di dalam tisu dan juga sendi-sendi. 

Di dalam kes-kes serangan Gout Akut (Acute gout), sendi pesakit yang terlibat 
akan menjadi bengkak, merah dan panas. Pesakit juga menderita kesakitan
yang amat sangat.
Sendi-sendi yang biasa terlibat ialah sendi pada ibu jari kaki (metatarsophalangeal joint of
the great toe), sendi lutut, siku dan sendi jari-jari tangan. Selain daripada itu, pesakit juga
biasanya mengalami kekangan  sendi pada waktu pagi (morning stiffness). 

Fluorescent_uric_acid
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Gout











Diagnosis akan dibuat oleh doktor setelah pesakit memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh
American Colleage of Rheumatology. Anda perlu berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan
 fizikal, melakukan ujian darah dan xray.
Dalam jangkamasa panjang, gout boleh menyebabkan kerosakan sendi serta kecacatan
rupa atau kebengkokan (deformity) pada sendi-sendi ini.
Sekiranya kita lihat pesakit-pesakit Gout ini, kita akan dapat lihat benjolan-benjolan  di bawah
kulit pesakit. Benjolan ini dikenali sebagai ‘tophi’ atau ‘Rheumatoid nodules’.
Ia juga disebabkan oleh pengumpulan kristal ini. Ia biasanya terbentuk pada bahagian siku,
cuping telinga, jari-jari tangan dan buku lali kaki.
Rawatan bagi pesakit Gout boleh dibahagikan kepada dua. Pertama semasa serangan Gout Akut,
dan yang kedua iaitu, cara-cara mengelakkan serangan Gout.

BTM_IMsCQAAUvHU
Sumber: Dr Khoo Yoong Khean



 











Semasa serangan Gout Akut, pesakit akan diberikan sejenis ubat yang dikenali
sebagai Colchicine dan juga ubat tahan sakit. Di samping itu, pesakit perlu berehat dan kaki
yang diserang perlu diangkat tinggi bagi mengurangkan kebengkakkan.

Pesakit perlu minum lebih air masak bagi mempercepatkan proses penyembuhan kerana
lebihan asid urik akan dikumuhkan melalui air kencing.
Setelah serangan reda, pesakit akan diberi ubat yang dikenali sebagai Allupurinol (Zyloric)
bagi mengawal kandungan asid urik di dalam badan.
Terdapat beberapa jenis makanan yang tinggi  kandungan Purine (sejenis asid amino) di mana
boleh menyebabkan penghasilan asid urik yang tinggi dan memudahkan pesakit mendapat
serangan Gout.
Makanan tinggi kandungan Purine adalah seperti :-
  • Ikan – bilis, sardin, salmon
  • Daging (Otot) – Ayam, lembu, kambing, angsa, itik, ayam belanda, arnab,  khinzir
  • Ibu roti (yeast)
  • Daging (Organ) – hati, buah pinggang jantung, otak
  • Kerang, kepah, ketam, udang galah
  • Kekacang – kacang panjang, kacang pea
  • Sayuran – bayam, kembang kol, asparagus
  • Cendawan
  • Minuman beralkohol


Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ini tidak sama antara seorang individu dengan
 individu yang lain. Kebanyakan pesakit tidak tahu mereka tidak boleh makan sesuatu
sehinggalah mereka terkena serangan Gout ini setelah memakan makanan tersebut.
Pesakit yang menghidapi penyakit Gout disarankan supaya elakkan daripada memakan makanan
yang mengandungi kandungan Purine yang tinggi serta mengambil ubat seperti dinasihatkan oleh doktor.
Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr Mahyuddin, 
seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan 
lebih lanjut di laman The Team.
Sumber:
  • Orthopaedic Secrets, 3rd Edition, David E. Brown, MD, Randall D. Neumann, MD
  • Postgraduate Orthopaedics, Pau A. Banaszkiewicz, Cambridge University Press
  • www.blpublications.com/html.Gout.pdf